USERNAME :   

PASSWORD :   

    

Mainpage HijjazBiotechProfil HijjazBiotechProduk HijjazBiotechTestimonialAgen HijjazBiotechAktiviti HijjazBiotechPertanyaan HijjazBiotech


    

  BERITA HBI | HIJJAZBIOTECH.COM.MY
 
 

HIJJAZ jual produk kesihatan
SAHUT SERUAN KERAJAAN CEBURI BIDANG BIOTEKNOLOGI

 

KUALA LUMPUR – Kumpulan nasyid popular tanahair, Hijjaz kini mengorak langkah dengan lebih jauh lagi melalui anak syarikat terbaru mereka, Hijjaz Biotech Industry Sdn. Bhd. (HBI). Syarikat milik kumpulan Hijjaz ini adalah anak syarikat kedua yang ditubuhkan di bawah Hijjaz Group Sdn. Bhd. dan menjalankan aktiviti perniagaan berasaskan bioteknologi. “Sudah sampai masanya kami melebarkan sayap perniagaan dengan menerokai bidang lain yang bukan berteraskan hiburan. Ini sememangnya menjadi hasrat kami dari mula kami melibatkan diri dalam bidang perniagaan. Bioteknologi juga merupakan bidang baru yang berpotensi untuk maju serta mempunyai masa depan yang cerah dan ruang pasaran yang luas.

Kerajaan juga turut menggalakkan rakyatnya menceburi bidang ini,” ujar Isman Nadim Isam, ketua kumpulan Hijjaz. Produk sulung mereka iaitu Hijjaz IgG Long Jack dan Hijjaz IgG Kacip Fatimah akan mula diedarkan di pasaran seluruh negara pada bulan April 2006. Produk ini menggabungkan kolostrum dari susu awal lembu dengan khasiat herba tradisional, Tongkat Ali dan Kacip Fatimah, khusus untuk lelaki dan wanita dewasa. “Kami juga mempunyai perancangan untuk mengkomersialkan pelbagai lagi produk bioteknologi di pasaran semasa. Hijjaz IgG Long Jack dan Hijjaz IgG Kacip Fatimah adalah langkah awal kami untuk merealisasikan rancangan tersebut.

Kami bukan mahu bersaing dengan sesiapa cuma kami mahu turut sama memeriahkan lagi produk keluaran bumiputera di pasaran,” ujar Mohd. Hashim Ngadiman, Pengarah Urusan HBI. Di samping pelbagai perancangan dan usaha untuk memajukan lagi syarikat, Hijjaz tetap komited dengan satu lagi anak syarikat mereka iaitu Hijjaz Records yang mengurus dan menerbitkan album dan artis-artis nasyid. “Nasyid dan bioteknologi, dua bidang yang jauh bezanya tetapi tetap menjadi keutamaan kepada kami. Keduanya sama penting dan kami akan pastikan kedua-duanya bergerak seiring,” ujar Isman lagi.

 

Kembali ke Laman Utama

 
 
HIJJAZ BIOTECH INDUSTRY SDN BHD
42A, Jalan PJU 5/9, Dataran Sunway,
Kota Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-6140 8280 / 03-6140 8281  Faks : 03-6140 8285
Email : info@hijjazbiotech.com.my