HIJJAZ Biotech Industry Sdn. Bhd. (HBI), anak syarikat Hijjaz Group Sdn. Bhd. yang mengeluarkan Hijjaz IgG Long Jack dan Hijjaz IgG Kacip Fatimah kini membuka peluang perniagaan kepada individu dan syarikat-syarikat untuk memasarkan produk sulung mereka itu. “Tawaran ini dibuka mulai April 2006 ini. Sepanjang Bulan Promosi ini, mereka yang berminat untuk menjadi Pusat Jualan Hijjaz (PJH) hanya perlu membayar sebanyak RM 5,000.00 sahaja dan RM 1,500.00 untuk Pengedar Hijjaz (DH),” ujar Pengarah Urusan HBI, En. Mohd. Hashim Ngadiman. “HBI akan memberi diskaun sehingga 36% kepada PJH dan 25% kepada DH. Mereka juga akan menerima Rebet Jualan Bulanan atau Tahunan mengikut tahap prestasi jualan masing-masing. Kami juga akan mengaturkan kursus-kursus dan ceramah-ceramah berkaitan produk dan perniagaan kepada mereka,” tambah Hashim lagi. Selain dibekalkan dengan VCD Produk dan Testimoni secara percuma, PJH dan DH juga menerima sokongan promosi yang kuat kerana HBI telah mengatur dan akan menjalankan semua pelan pemasaran yang telah dirancangkan secara progresif dan berterusan. Antaranya ialah pengiklanan melalui media cetak dan elektronik, hebahan di persembahan-persembahan pentas yang diadakan, ICT, program-program roadshow di seluruh negara dan sebagainya. Hijjaz IgG Long Jack dan Hijjaz IgG Kacip Fatimah adalah formulasi terulung di dunia yang menggabungkan kolostrum dari susu awal lembu dengan khasiat herba tradisional, Tongkat Ali dan Kacip Fatimah. Rumusan istimewa ini diproses dengan menggunakan kaedah bioteknologi di kilang tempatan dan telah mula dipasarkan khusus untuk lelaki dan wanita dewasa. | “Dari kajian yang dilakukan, masih belum ada lagi produk gabungan kolostrum dan herba tradisional berada di pasaran, baik di dalam mahu pun di luar negara. Produk ini telah melalui proses nyah-bau bagi memudahkan lagi pengambilannya. Harganya amat berpatutan dan jauh lebih rendah berbanding produk kolostrum tanpa sebarang khasiat tambahan yang berada di pasaran sekarang,” ujar Hashim lagi. Mereka yang berminat untuk menjadi PJH atau DH boleh menghubungi pejabat urusan HBI di talian 03-61408280, 61408281 atau datang terus ke pejabat untuk membuat pendaftaran. Hijjaz IgG Long Jack dan Hijjaz IgG Kacip Fatimah dilancarkan pada 1 April 2006 di Quality Hotel City Centre, Kuala Lumpur. Majlis pelancaran dirasmikan oleh Datuk Nasir Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif PUNB. Kembali ke Laman Utama |