Bertepatan dengan Rancangan Malaysia Ke-9 yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia yang memperuntukkan sejumlah besar dana untuk projek-projek pembangunan produk bioteknologi, kumpulan nasyid Hijjaz melalui anak syarikat baru mereka, Hijjaz Biotech Industry Sdn. Bhd. (HBI) telah melancarkan produk sulung mereka, Hijjaz IgG Long Jack dan Hijjaz IgG Kacip Fatimah. Produk minuman kesihatan tambahan yang berasaskan susu ini adalah produk pertama seumpamanya di dunia yang menggabungkan kolostrum dari susu awal lembu dengan ekstrak herba tradisional Tongkat Ali dan Kacip Fatimah. Dalam Majlis Pelancaran Produk Hijjaz IgG Long Jack dan Hijjaz IgG Kacip Fatimah yang diadakan 1 April 2006 di Hotel Quality Kuala Lumpur, Pengarah Urusan HBI, En. Mohd. Hashim Ngadiman berkata, “HBI mempunyai misi untuk memenuhkan pasaran semasa dengan produk keluaran bumiputera yang lebih terjamin halal. Kalau kita lihat sekarang, pasaran kita telah dilambakkan dengan produk-produk kesihatan dari luar negara. Mengapa tidak kita sendiri yang mengeluarkannya?” “Dalam dua tahun pertama operasi, HBI akan memberikan tumpuan kepada pengeluaran dan pemasaran produk secara “contract manufacturing’. Tetapi dalam tempoh 10 tahun akan datang, HBI merancang untuk melibatkan diri secara aktif di dalam bidang R&D atau pembangunan dan penyelidikan bioteknologi. Malah, HBI juga mempunyai perancangan untuk membina kilang pengeluaran sendiri dan akan mengeluarkan produk-produk bioteknologi yang tidak hanya tertumpu kepada kesihatan sahaja, tetapi juga bidang-bidang lain seperti pertanian, perladangan, pembangunan, pengangkutan, kecantikan dan sebagainya,” tambah beliau lagi. Ditanya tentang sambutan yang diterima sejak produk ini berada di pasaran, Hashim berkata, “Bulan ini adalah bulan pertama produk Hijjaz IgG dipasarkan. Tetapi alhamdulillah, sambutan dari orang ramai amat memberangsangkan memandangkan kesedaran kesihatan yang tinggi di kalangan pengguna. Sehingga kini, HBI telah mempunyai lebih 50 orang stokis dan pengedar di seluruh negara.” “Ramai juga yang keliru dengan sistem pemasaran Hijjaz IgG. HBI bukanlah syarikat multi-level-marketing atau MLM yang mengaplikasikan sistem ahli. Tetapi HBI adalah syarikat trading yang menggunakan sistem stokis, pengedar dan pengguna. Sepanjang bulan April atau Bulan Promosi ini, HBI membuka peluang perniagaan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi stokis dengan modal awal sebanyak RM 5,000.00 sahaja berbanding modal sebenarnya, RM 7,500.00. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi pejabat urusan HBI di Dataran Sunway, Kota Damansara,” ujar Hashim lagi. | Majlis Pelancaran Hijjaz IgG Long Jack dan Hijjaz IgG Kacip Fatimah juga turut memberikan Anugerah Platinum kepada kumpulan Hijjaz untuk jualan album terbaru mereka berjudul Damai yang terjual melebihi 30,000 unit. “Ada yang menyangka, penglibatan kami di dalam bidang ini adalah disebabkan oleh situasi pasaran hiburan yang tidak memberangsangkan. Ini tidak benar sama sekali. Buktinya, hari ini kita bukan sahaja melancarkan produk sulung HBI tetapi turut menganugerahkan Anugerah Platinum kepada kumpulan Hijjaz di atas kejayaan album Damai yang telah dijual melebihi 25,000 unit. Malah, purata jualan semua album terbitan Hijjaz Records juga melebihi 30,000 unit. Ini amat membanggakan,” kata Munif, vokalis kumpulan Hijjaz merangkap Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Hijjaz Group. Majlis tersebut telah dirasmi dan dilancarkan oleh Datuk Mohamad Nasir Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif, Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB). Isterinya, Datin Siti Rabeah Samsudin turut hadir di dalam majlis tersebut. “Kami amat berterima kasih kepada PUNB kerana sentiasa memberi peluang dan sokongan kepada usahawan bumiputera seperti kami. Kami berharap untuk menjalin lebih banyak peluang kerjasama dengan syarikat-syarikat dan institusi-institusi kewangan yang lain,” ujar Isman, ketua kumpulan Hijjaz. Hadir sama di dalam majlis tersebut ialah kumpulan Hijjaz yang juga merangkap Ahli Lembaga Pengarah Hijjaz Group, artis-artis Hijjaz Records, UNIC, Mestica dan Aeman, wakil EMI, Mr. Hermond Cheng, wakil-wakil PUNB dan jemputan lain. Anda boleh mendapat maklumat lanjut dengan menghubungi pejabat urusan HBI di talian 03-61408280,61408280 / Atie (019-6147479) / Dr. Zety (012-3250499) / En. Zakri (012-4340556) Kembali ke Laman Utama |