|
IMBUHAN 4% UNTUK PJH
Kuala Lumpur, 14 Mei - Pengarah Urusan HBI, Mohd. Hashim Ngadiman
mengumumkan pemberian imbuhan sebanyak 4% kepada semua PJH dalam
Kursus Pemantapan Agen Siri I yang diadakan di Hotel Quality KL
baru-baru ini. "Pemberian imbuhan ini adalah sebagai tanda
penghargaan kami kepada komitmen yang diberikan oleh anda semua,"
ujar beliau. Imbuhan ini akan diberikan kepada PJH
yang memperkenalkan PJH baru kepada HBI. Ia dikira dari jualan
keseluruhan PJH yang diperkenalkan dan akan dibayar dalam tempoh 37
hari bekerja dari tarikh daftar PJH yang diperkenalkan itu.
Walaubagaimanapun, imbuhan 4% ini tidak termasuk DH yang dilantik
leh PJH berkenaan. "Kami memerlukan lebih ramai PJH
terutamanya di bahagian utara seperti Perlis, Kedah, Pulau Pinang
dan Perak. Jadi pemberian imbuhan ini adalah sebagai salah satu
bentuk ganjaran dari pihak syarikat kepada agen-agen yang membantu
mengembangkan produk Hijjaz IgG Long Jack dan Hijjaz IgG Kacip
Fatimah ini di pasaran," ujar Zakri, Pengurus Pemasaran HBI.
Walaubagaimanapun, imbuhan 4% ini hanya untuk PJH yang diperkenalkan
di dalam Malaysia sahaja. "Ramai yang keliru dengan polisi ini. PJH
yang memperkenalkan PJH baru dari luar negara seperti Brunei dan
Singapura tidak akan menerima imbuhan 4% ini sebaliknya akan
menerima Profit Sharing pada nilai yang akan ditentukan oleh
syarikat. Penerangan lanjut mengenai polisi ini akan diberikan dalam
kursus yang akan datang," tambah Zakri lagi.
Sehingga kini, HBI mempunyai hampir 200 PJH dan DH di seluruh
negara. "Perkembangan ini amat memberangsangkan memandangkan kami
baru beroperasi selama 2 bulan. Semuanya adalah hasil semangat dari
PJH dan DH kami yang mahu memperkasakan produk keluaran bumiputera
Islam ini di pasaran semasa," ujar Hashim lagi.
Kembali ke Laman Utama
|