|
FORUM BICARA SIHAT BERSAMA HIJJAZ
Kemaman, 19 Mei - Komitmen agen-agen Hijjaz IgG Long Jack dan Hijjaz IgG
Kacip Fatimah yang sentiasa bersedia memberikan kerjasama kepada HBI
telah menjadi pemangkin kepada kejayaan penganjuran Forum Bicara Sihat
Bersama Hijjaz. Membawa tema "Sihat Untuk Ibadah", forum yang telah
diadakan pada 9 Mei di Dewan Majlis Perbandaran Kemaman, Terengganu ini
telah dihadiri oleh lebih 300 orang. Ahli panel forum
tersebut ialah Penasihat Produk, Dr. Ezati Jani dan seorang panel yang
dijemput khas, Us. Zul Ramli, Pakar Motivasi dari Al-Kiffah Training
serta dipengerusikan oleh Suffian Saujana. Selain forum, aktiviti
penerangan dan jualan produk serta pemeriksaan kesihatan percuma turut
diadakan. "Islam amat mementingkan kesihatan umatnya.
Rasulullah sendiri banyak memberi panduan mengenai cara pemakanan yang
betul dan sebagainya. Umat yang sihat dan cergas dapat menjamin
kegemilangan sesuatu kaum atau bangsa itu," ujar Us. Zul Ramli. "Jangan
ambil produk Hijjaz IgG Long Jack dan Hijjaz IgG Kacip Fatimah ini untuk
kesihatan tubuh badan semata-mata, sebaliknya, niatkan pengambilannya
untuk memudahkan kita beribadah," tambah Dr. Ezati Jani pula.
Sementara itu, Pengarah Urusan HBI, Mohd. Hashim Ngadiman berkata, "Kami
amat mengalu-alukan usaha sebegini. Selain dapat meningkatkan jualan,
penonton juga dapat menambah ilmu dalam aspek agama dan kesihatan. Ia
juga dapat menjadi salah satu aktiviti yang amat bermanfaat untuk
keluarga. Kami akan sentiasa memberikan kerjasama penuh sekiranya ada
lagi mana-mana agen kami yang mahu menganjurkan aktiviti seperti ini,"
tambah beliau lagi. Kumpulan Hijjaz telah menyampaikan 4
buah lagu sebagai pembukaan forum dan 2 buah lagu sebagai penutup.
Kembali ke Laman Utama
|