|
HIJJAZ IgG LONG JACK DAN HIJJAZ IgG
KACIP FATIMAH
KINI DI BORNEO Kuala Lumpur, 10 Mei - Hijjaz
Biotech Industry (HBI) terus melebarkan sayap perniagaannya dengan
mengunjungi Sarawak, Sabah dan Brunei pada 7 - 9 Mei yang lalu.
Rombongan yang disertai oleh Pengarah Urusan, Mohd. Hashim Ngadiman,
Pengurus Besar, Mohd. Sharudin Dawam dan Penasihat Produk, Dr. Ezati
Jani ini memulakan sesi lawatan dengan mengadakan Majlis Penerangan
Produk dan Pemasaran di Hotel Mega, Miri, sarawak pada 7 Mei dan di
Hotel Tangs Dynasty di Kota Kinabalu pada 9 Mei.
Rombongan ini turut mengadakan perbincangan dengan usahawan-usahawan
dari Brunei untuk memasarkan produk ini di negara itu dalam satu
mesyuarat yang diadakan di Brunei pada 8 Mei. “Kami sedang merancang
untuk membuka Hijjaz Biotech Industry Brunei Sdn. Bhd. iaitu cawangan
HBI di Brunei yang akan dilancarkan pada penghujung bulan Julai 2006
ini. Setakat ini, alhamdulillah, semua perbincangan dan gerak kerja ke
arah pembukaan cawangan HBI di Brunei ini berjalan dengan lancar. Kami
juga telah berjaya menjalinkan kerjasama dengan usahawan-usahawan dari
Brunei untuk merealisasikan rancangan ini,” ujar Hashim.
“Kami juga sedang merangka program HBI Borneo Tour yang akan menjelajah
dan mengunjungi daerah-daerah terpilih di Sabah dan Sarawak. Program ini
juga akan turut disertai oleh kumpulan nasyid Hijjaz," ujar Hashim.
Hijjaz IgG Long Jack dan Hijjaz IgG Kacip Fatimah dijual pada harga RM
103.00 untuk Sabah dan Sarawak serta B$ 45.00 untuk Brunei.
Kembali ke Laman Utama
|