USERNAME :   

PASSWORD :   

    

Mainpage HijjazBiotechProfil HijjazBiotechProduk HijjazBiotechTestimonialAgen HijjazBiotechAktiviti HijjazBiotechPertanyaan HijjazBiotech


    

  BERITA HBI | HIJJAZBIOTECH.COM.MY
 
 

HIJJAZ IgG LONG JACK DAN HIJJAZ IgG KACIP FATIMAH KE PASARAN ANTARABANGSA

Kuala Lumpur, 14 Mei - Peluang untuk meluaskan perniagaan di peringkat antarabangsa tidak dilepaskan oleh Hijjaz Biotech Industry (HBI) apabila menyertai Malaysia International Halal Showcase (MIHAS 2006) yang telah diadakan di Malaysia International Exhibition & Convention Centre, Kuala Lumpur pada 10 - 14 Mei yang lalu. Ekspo halal terbesar ini turut disertai oleh peserta-peserta dari Yaman, Mesir, Iran, China, Myanmar, Swirtzeland, Thailand, Turki, Netherland dan Indonesia.
Eskpo ini telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak pada 10 Mei di tapak ekspo berkenaan. Najib turut meluangkan masa melawat gerai HBI di lot K20 dan mendengar penerangan produk dari Pengarah Urusan, En. Mohd. hashim Ngadiman dan Penasihat Produk, Dr. Ezati Jani.

Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah Binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid turut berkenan mencemar duli melawat gerai HBI pada hari kedua ekspo tersebut dan mencuba Hijjaz IgG Long Jack dan Hijjaz IgG Kacip Fatimah. Kenamaan-kenamaan lain yang turut mengunjungi gerai HBI sepanjang ekspo tersebut berlangsung ialah YB Dato' Paduka Dr. Abdul Hamid Othman dan Datuk Nakhai Ahmad (YADIM).

Rakan-rakan niaga dari negara luar seperti Dubai, Kazakhstan, China, Yaman, Iran dan Mesir turut berkenan untuk menjalinkan kerjasama perniagaan bersama HBI. Humpulan Hijjaz an Aeman turut mengadakan persembahan di ekspo tersebut.

 

Kembali ke Laman Utama
 

 
 
 
 
HIJJAZ BIOTECH INDUSTRY SDN BHD
42A, Jalan PJU 5/9, Dataran Sunway,
Kota Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-6140 8280 / 03-6140 8281  Faks : 03-6140 8285
Email : info@hijjazbiotech.com.my