USERNAME :   

PASSWORD :   

    

Mainpage HijjazBiotechProfil HijjazBiotechProduk HijjazBiotechTestimonialAgen HijjazBiotechAktiviti HijjazBiotechPertanyaan HijjazBiotech


    

  MAINPAGE | HIJJAZBIOTECH.COM.MY
 
 

FORUM BICARA SIHAT BERSAMA HIJJAZ

 
 

Kuala Lumpur, 10 Mei - Hijjaz Biotech Industry (HBI) terus melebarkan sayap perniagaannya dengan mengunjungi Sarawak, Sabah dan Brunei pada 7 - 9 Mei yang lalu. Rombongan yang disertai oleh Pengarah Urusan, Mohd. Hashim Ngadiman, Pengurus Besar, Mohd. Sharudin Dawam dan Penasihat Produk, Dr. Ezati Jani.

 

FORUM BICARA SIHAT BERSAMA HIJJAZ

 

Kemaman, 19 Mei - Komitmen agen-agen Hijjaz IgG Long Jack dan Hijjaz IgG Kacip Fatimah yang sentiasa bersedia memberikan kerjasama kepada HBI telah menjadi pemangkin kepada kejayaan penganjuran Forum Bicara Sihat Bersama Hijjaz. Membawa tema "Sihat Untuk Ibadah", forum yang telah diadakan pada 9 Mei di Dewan Majlis Perbandaran Kemaman, Terengganu ini telah dihadiri oleh lebih 300 orang. Ahli panel forum tersebut ialah Penasihat Produk, Dr. Ezati Jani dan seorang panel yang dijemput khas, Us. Zul Ramli, Pakar Motivasi dari Al-Kiffah Training serta dipengerusikan oleh Suffian Saujana. Selain forum, aktiviti penerangan dan jualan produk serta pemeriksaan kesihatan percuma turut diadakan.

 

BERSAMA RADIO IKIM.FM

 

Kuala Lumpur, 14 Mei - Pengarah Urusan HBI, Mohd. Hashim Ngadiman mengumumkan pemberian imbuhan sebanyak 4% kepada semua PJH dalam Kursus Pemantapan Agen Siri I yang diadakan di Hotel Quality KL baru-baru ini. "Pemberian imbuhan ini adalah sebagai tanda penghargaan kami kepada komitmen yang diberikan oleh anda semua," ujar beliau.

 

MAJLIS PELANCARAN PRODUK HIJJAZ IgG LONG JACK & HIJJAZ IgG KACIP FATIMAH SERTA PENYERAHAN ANUGERAH PLATINUM HIJJAZ – DAMAI

 

1 APRIL 2006 - Bersama Datuk Mohamad Nasir Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif, Permodalan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) berbaju kuning & isterinya Datin Siti Rabeah Samsudin semasa di Majlis Perlancaran Hijjaz IgG Long Jack & Kacip Fatimah di Hotel Quality.

 

HIJJAZ jual produk kesihatan

SAHUT SERUAN KERAJAAN CEBURI BIDANG BIOTEKNOLOGI
 
 

En. Mohd Hashim Ngadiman, pengarah urusan Hijjaz Biotech Industry Sdn. Bhd. bersama Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Kewangan Kedua semasa melawat gerai Hijjaz Biotech selepas merasmikan Majlis Perlancaran Program Jaringan Usahawan PUNB di PWTC.

 

HIJJAZ BUKA PELUANG PERNIAGAAN

PUSAT JUALAN DAN PENGEDAR SELURUH NEGARA DIPERLUKAN SEGERA !
 
 

Kumpulan HIJJAZ bersama Mohd Hashim, Pengarah Urusan HIJJAZ Biotech Industry Sdn.Bhd. masing-masing memegang produk Hijjaz IgG Long Jack dan Hijjaz IgG Kacip Fatimah yang mula dipasarkan pada 1 April 2006 .

 

ARKIB BERITA   1 | 2

 

 
HIJJAZ BIOTECH INDUSTRY SDN BHD
42A, Jalan PJU 5/9, Dataran Sunway,
Kota Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-6140 8280 / 03-6140 8281  Faks : 03-6140 8285
Email : info@hijjazbiotech.com.my